Nama Baddrol Bakhtiar sudah tidak asing lagi dalam arena bolasepak tempatan
Sering meniti di'bibir peminat bolasepak ekoran hasil kejayaan beliau dalam membawa pasukan Malaysia menuju kejuaraan perlawanan bola sepak yang berprestij
Dan yang terbaru foto beliau mula menghiasi muka depan majalah sukan,mahupun hiburan tempatan.Diharapkan semoga Baddrol Bakhtiar terus berjaya dalam karier bolasepak'nya
Baddrol Bakhtiar (lahir pada 1 Februari, 1988 di Sungai Petani, Kedah) merupakan pemain bola sepak Malaysia yang bermain bersama Kedah di Liga Super Malaysia. Dia selalunya dilihat bermain di bahagian sayap kanan dan pernah bermain untuk sayap kiri
Penglibatan awal
Baddrol mula mewakili Kedah pada kejohanan Piala Presiden. Dia kemudian diserapkan ke skuad Sukan Malaysia Kedah pada 2006. Sepanjang berlangsungnya Sukan Malaysia, Baddrol sering berada dalam kesebelasan utama
Kedah
Baddrol diserapkan ke skuad utama Kedah pada musim 2006/07 dan bersaing untuk mendapat tempat dalam kesebelasan utama Mohd Khyril Muhymeen Zambri di bahagian sayap kiri
Pada musim 2007/08, Baddrol menunjukkan prestasi yang membanggakan dan menjaringkan 14 gol keseluruhan iaitu 8 gol Liga Super, 2 gol Piala Malaysia, Piala FA dan Piala AFC
Bawah 20 Malaysia
Baddrol mewakili pasukan bawah 20 tahun Malaysia pada kejohanan kelayakan Belia Asia pada tahun 2005
Malaysia berjaya menumpaskan Myanmar 4-2 dan layak bermain diBangalore, India pada tahun 2006
Bagaimanapun, penampilan pertama Baddrol dalam kejohanan Belia Asia bermula dengan langkah kiri apabila dia menjaringkan gol sendiri semasa menentang Vietnam
Baddrol turut bermain di kejohanan Piala Juara Belia. Permainan yang ditunjukkannya semasa menentang Chelsea menarik minat kelab itu untuk membawanya ke Stamford Bridge
Peluang ke Stamford Bridge
Pada 6 April 2008, Pengerusi Gifted Group Jonathan Price mengotakan janjinya untuk memberi pengalaman kepada Baddrol dan rakannya Mohd Bunyamin Omar untuk mengikuti latihan selama dua minggu di Stamford Bridge
Keturunan
Baddrol dilahirkan di Kedah tetapi ibu bapanya berasal dari kampung di Tanjung Ipoh daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Bapanya berasal dari Kampung Gemetir manakala ibunya Kampung Baru Lanjut Manis, kedua-duanya di Tanjung Ipoh, Terachi. Bapanya berketurunan Melayu-Minangkabau manakala ibunya Melayu-Mandailing
Sekarang ni bertiup kencang gossip mengenai pemain perancang Kedah yang di khabarkan mendapat perhatian kelab bolasepak dari Indonesia iaitu Arema FC. Baddrol sebelum ini pernah diintai oleh Pelita Jaya sebelum beliau memutuskan untuk kekal bermain di Liga Perdana Malaysia bersama skuad Kedah. Adakah Baddrol patut bermain di Liga Super Indonesia? Pasti ada pro dan kontra seandainya beliau bersetuju untuk mengikat kontrak dengan Arema Indonesia itu. Dari segi pro, pasti pendapatan beliau akan lebih berbanding apa yang dimiliki sekarang. Selain itu beliau juga pasti bertemu cabaran baru berbanding ketika beraksi di Liga Malaysia. Pasti cabaran baru mampu menjadikan beliau matang seterusnya memberi impak yang baik pada bolasepak negara. Dari segi kontra pula pasti konflik yang melanda bolasepak Indonesia akan merisaukan sekiranya khidmat Baddrol Bakhtiar diperlukan oleh skuad kebangsaan. Walaupun Arema berada dalam liga yang sah tapi masalah konflik dalam Persatuan Bolasepak Indonesia masih belum selesai dan pasti menggusarkan.
Apapun, kita tunggu dan lihat samada ia menjadi kenyataan atau sebaliknya..
Sekian.
Pengunjung Entri Ini :421
" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();
0 ulasan:
Catat Ulasan