Isnin, 12 Ogos 2013

baddrol bakhtiar - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

baddrol bakhtiar - Google Blog Search


Kelab Indonesia lamar <b>Baddrol Bakhtiar</b> dan Farizal? - MyBlogSantai

Posted: 29 Nov 2011 08:07 AM PST

Miliki MyQalam hari ini juga
Kelab Indonesia lamar Baddrol Bakhtiar dan Farizal? | Baddrol ke liga Indonesia | Farizal ke liga Indonesia | Baddrol dan Farizal ke Pelita Jaya | Baddrol dilamar kelab Indonesia

Selepas Safee Sali, kelibat pemain negara semakin mencuri perhatian di kalangan kelab di negara seberang apabila kelab Liga Super Indonesia (ISL), Pelita Jaya dan Persisam Putra Samarinda menyatakan tawaran secara rasmi untuk mendapatkan beberapa tonggak Harimau Malaya.

Pengurus peribadi Safee Sali, Zakaria Rahim yang dihubungi mengesahkan dua penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat dan Farizal Marlias, juga ketua pasukan negara pada Sukan SEA XXVI, Baddrol Bakhtiar, menjadi buruan dua kelab berkenaan. Selain itu, menurut laporan media Indonesia, PSPS Pekanbaru turut mengintai peluang untuk melamar bintang Selangor, Safiq Rahim yang sedang menjalani latihan di Cardiff City.

"Pelita Jaya amat berminat dengan Khairul Fahmi dan Baddrol manakala Persisam Putra Samarinda yang pada mulanya mahu memikat Khairul Fahmi kini mengalihkan perhatian kepada Farizal Marlias.

"Buat masa ini, perbincangan mengenai perpindahan Baddrol dan Farizal sedang berjalan namun peluang ke sana masih belum pasti kerana mereka masih ada baki kontrak setahun.

"Namun peluang Khairul Fahmi sedikit sukar kerana melalui pertemuan saya dengan Tan Sri Annuar Musa baru-baru ini, beliau masih belum bersedia melepaskan Khairul, " katanya.

Jelas Zakaria, prestasi hebat Baddrol semasa mengetuai cabaran negara mempertahankan pingat emas Sukan SEA baru-baru ini punca Pelita Jaya terpikat kepada pemain dari Sungai Petani itu.

"Wakil dari Pelita telah berjumpa dengan saya dan kami telah mengadakan perbincangan. Buat masa ini ia pada peringkat awal dan Kedah telah sedia maklum akan situasi tersebut, " katanya.

Bagi Farizal, dia berkata, pada mulanya Persisam berminat dengan khidmat Khairul Fahmi namun setelah diberikan penjelasan situasi di Kelantan, Zakaria telah mencadangkan nama Farizal sebagai pengganti dan mereka turut berminat dengan aksi yang ditunjukkan oleh penjaga gol Negeri Sembilan itu.

"Situasi Farizal juga lebih kurang sama dengan Baddrol sementara Khairul Fahmi saya rasa peluangnya agak sukar, mungkin tahun hadapan dia boleh beraksi di sana bergantung kepada baki kontrak tetapi tahun ini saya lihat agak tipis, " katanya.

Jelas Zakaria, penambahan kuota pemain import dari empat kepada lima pemain dengan dua dikhususkan kepada pemain dari benua Asia yang sebelum ini hanya satu pemain, membuka ruang pemain Malaysia beraksi di sana.

"Perkara ini baru sahaja diputuskan pada mesyuarat pengurusan pertandingan ISL baru-baru ini dan ia adalah satu berita baik kepada pemain Malaysia yang mahu beraksi di sana, " katanya.

Ps : Berita baik ni jika benar Kelab Indonesia lamar Baddrol Bakhtiar dan Farizal?

Rating: 0.0/10 (0 votes cast)

BIODATA <b>BADDROL BAKHTIAR</b> PEMAIN BOLASEPAK KEDAH

Posted: 16 Jan 2012 06:56 PM PST

bad bola sepak kedah 2013 BIODATA BADDROL BAKHTIAR SKUAD BOLASEPAK KEDAH

Nama Baddrol Bakhtiar sudah tidak asing lagi dalam arena bolasepak tempatan

Sering meniti di'bibir peminat bolasepak ekoran hasil kejayaan beliau dalam membawa pasukan Malaysia menuju kejuaraan perlawanan bola sepak yang berprestij

Dan yang terbaru foto beliau mula menghiasi muka depan majalah sukan,mahupun hiburan tempatan.Diharapkan semoga Baddrol Bakhtiar terus berjaya dalam karier bolasepak'nya

Baddrol Bakhtiar (lahir pada 1 Februari, 1988 di Sungai Petani, Kedah) merupakan pemain bola sepak Malaysia yang bermain bersama Kedah di Liga Super Malaysia. Dia selalunya dilihat bermain di bahagian sayap kanan dan pernah bermain untuk sayap kiri

Penglibatan awal

Baddrol mula mewakili Kedah pada kejohanan Piala Presiden. Dia kemudian diserapkan ke skuad Sukan Malaysia Kedah pada 2006. Sepanjang berlangsungnya Sukan Malaysia, Baddrol sering berada dalam kesebelasan utama

Kedah

Baddrol diserapkan ke skuad utama Kedah pada musim 2006/07 dan bersaing untuk mendapat tempat dalam kesebelasan utama Mohd Khyril Muhymeen Zambri di bahagian sayap kiri

Pada musim 2007/08, Baddrol menunjukkan prestasi yang membanggakan dan menjaringkan 14 gol keseluruhan iaitu 8 gol Liga Super, 2 gol Piala Malaysia, Piala FA dan Piala AFC

Bawah 20 Malaysia

Baddrol mewakili pasukan bawah 20 tahun Malaysia pada kejohanan kelayakan Belia Asia pada tahun 2005

Malaysia berjaya menumpaskan Myanmar 4-2 dan layak bermain diBangalore, India pada tahun 2006

Bagaimanapun, penampilan pertama Baddrol dalam kejohanan Belia Asia bermula dengan langkah kiri apabila dia menjaringkan gol sendiri semasa menentang Vietnam

Baddrol turut bermain di kejohanan Piala Juara Belia. Permainan yang ditunjukkannya semasa menentang Chelsea menarik minat kelab itu untuk membawanya ke Stamford Bridge

Peluang ke Stamford Bridge

Pada 6 April 2008, Pengerusi Gifted Group Jonathan Price mengotakan janjinya untuk memberi pengalaman kepada Baddrol dan rakannya Mohd Bunyamin Omar untuk mengikuti latihan selama dua minggu di Stamford Bridge

Keturunan

Baddrol dilahirkan di Kedah tetapi ibu bapanya berasal dari kampung di Tanjung Ipoh daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan

Bapanya berasal dari Kampung Gemetir manakala ibunya Kampung Baru Lanjut Manis, kedua-duanya di Tanjung Ipoh, Terachi. Bapanya berketurunan Melayu-Minangkabau manakala ibunya Melayu-Mandailing

Gol-gol antarabangsa

# Tarikh Tempat Lawan Jaringan Keputusan Pertandingan
1. November 18, 2009 Stadium Nasional , Bukit Jalil  Uzbekistan
1–3
1–3 (L) Kelayakan Piala Asia AFC 2011
2. February 27, 2010 National Stadium, Bukit Jalil  Yaman
1–0
1–0 (W) Perlawanan persahabatan
3. June 18, 2011 Sultan Mohammad IV Stadium  Myanmar
2–0
2–0 (W) Perlawanan persahabatan

Gol-gol bawah 23 tahun

# Tarikh Tempat Lawan Jaringan Keputusan Pertandingan
1. November 9, 2011 Stadium Gelora Bung Karno  Thailand
1–1
2–1 (W) Sukan SEA 2011
2. November 13, 2011 Stadium Gelora Bung Karno  Kemboja
2–1
4–1 (W) Sukan SEA 2011
3. November 13, 2011 Stadium Gelora Bung Karno  Kemboja
3–1
4–1 (W) Sukan SEA 2011

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Baddrol Bakhtiar

Copyright 2010 All Rights Reserved