baddrol bakhtiar - Google Blog Search |
| <b>BADDROL BAKHTIAR</b> ANTARA PEMAIN UTAMA SAH KEKAL <b>...</b> Posted: 10 Oct 2012 05:30 PM PDT Baddrol Bakhtiar Antara Pemain Utama Sah Kekal Bersama Skuad Kedah 2013 | Nampaknya hasrat pasukan lain mahu memancing pemain bintang dari pasukan Kedah tidak kesampaian. Hari ini menerusi sidang media, Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), YBhg Dato' Paduka Hj Syed Unan Mashri mengumumkan senarai pemain tonggak utama yang telah disahkan terus bersama Kedah. Antara mereka adalah Baddrol Bakhtiar, Khyril Muhymeen, Khairul Helmi Johari, Amar Rohidan, Sabree Abu, Fazliata Taib, Faizal Abu Bakar, Fiqkry Mat Isa, Abdul Hadi Hamid. Beliau turut mengumumkan pemain skuad Presiden yang diangkat ke skuad utama iaitu Syamim Aliff, Wan Mohd Syukri, Hattapon, Redzuan Ramlee. Mengenai kemasukan pemain baru untuk memperkuatkan skuad Kedah 2013, ianya masih lagi dalam peringkat perbincangan. Begitu juga dengan status pemain import yang dikatakan kesemua mereka disahkan tidak akan disambung kontrak lagi namun KFA bersedia mencari calon pemain import baru. Dalam pada itu, tugas Ketua Jurulatih Kedah kekal milik Marijo Tot. Beliau akan terus kemudi skuad Kedah dan akan mendapat penolong jurulatih baru. Sehingga itu Radhi Mat Din akan terus menjadi penolong jurulatih sehingga ada penolong jurulatih baru. Sumber – FP Penyokong Setia Hijau Kuning CARIAN BERKAITAN
Category: BOLASEPAK MALAYSIA |
| You are subscribed to email updates from baddrol bakhtiar - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


0 ulasan:
Catat Ulasan