baddrol bakhtiar - Google Blog Search |
- <b>Baddrol Bakhtiar</b> Bakal Tinggalkan Pasukan Kedah? - UtaraNews <b>...</b>
- TUDIAA!! <b>Baddrol Bakhtiar</b> Bakal Tinggalkan Pasukan Bola Sepak <b>...</b>
- Pemain pinjaman: <b>Baddrol Bakhtiar</b> belum bersedia
| <b>Baddrol Bakhtiar</b> Bakal Tinggalkan Pasukan Kedah? - UtaraNews <b>...</b> Posted: 22 Jul 2012 06:41 PM PDT Alor Setar - BADDROL Bakhtiar mengakui masih belum menandatangani sebarang kontrak baharu bersama skuad Hijau Kuning seperti digembar-gemburkan peminat di laman sosial Facebook, lapor MOHD FAHMI ISMAIL. Pada masa sama, pemain sayap Kedah berusia 24 tahun itu juga masih memikirkan tawaran daripada pasukan negeri lain yang dikatakan turut berminat mendapatkan khidmatnya mulai musim depan. "Mengenai kontrak baru dua hingga tiga tahun bersama Kedah hanyalah khabar angin semata-mata. Fokus saya sekarang ini adalah untuk pasukan kebangsaan," katanya yang turut tersenarai menjalani latihan pusat bawah kendalian Datuk K Rajagobal menentang pasukan Arsenal dan Manchester City, hujung bulan ini. Kegagalan anak didik Wan Jamak Wan Hassan itu beraksi di kancah Liga Super 2013 memberi tamparan hebat buat pasukan unggul dari utara yang pernah merangkul gelaran juara berganda musim 2007 dan 2008. Dikhabarkan, ramai pemain Kedah mahu 'angkat kaki' selepas kempen Piala Malaysia berakhir kelak selepas terpaksa bergelut pada saingan Liga Perdana musim akan datang. Sementara itu, Baddrol berazam melakukan yang terbaik kepada skuad Kenari menjelang saingan Piala Malaysia yang dijadualkan bermula pada Ogos depan. – SH- |
| TUDIAA!! <b>Baddrol Bakhtiar</b> Bakal Tinggalkan Pasukan Bola Sepak <b>...</b> Posted: 24 Jul 2012 11:15 PM PDT Khabar angin mengatakan Baddrol Bakhtiar, ayam tambatan Kedah, atau pemain paling popular dan handal di Kedah mahu meninggalkan pasukan. Jika ini benar-benar berlaku, bermakna satu tamparan hebat kepada pasukan Kedah yang selama ni tunggang langgang bergelut di dalam Liga Super. Malah dimaklumkan, lebih ramai lagi pemain Kedah bakal meninggalkan pasukan. Mc pun dah taktau nak kata apa. Memang pasukan Kedah teruk sangat tahun ni. Semenjak Pas memerintah, pasukan Kedah terus teruk..tapi tahun ni paling teruk sampai ke Liga Perdana. Agaknya kalau Pas pegang lagi lepas ni, pasukan Kedah akan turun ke Liga Presiden pulak rasanya. Cerita pasal Baddrol Bakhtiar nak tinggalkan Kedah boleh baca kat SINI
|
| Pemain pinjaman: <b>Baddrol Bakhtiar</b> belum bersedia Posted: 14 Jul 2012 02:32 AM PDT Oleh: Noor Hafiza Che Abdullah KETUA pasukan Kedah, Baddrol Bakhtiar menjelaskan bahawa beliau masih belum bersedia untuk menerima sebarang tawaran sebagai pemain pinjaman dalam saingan Piala Malaysia. Menegaskan ingin memberi tumpuan penuh kepada skuad Kenari yang akan bermain 'playoff' dalam perlawanan Liga Super 2012, Baddrol tekad mahu mencipta kemenangan buat pasukannya dulu. "Saya tidak mahu memikirkan perkara ini (pinjaman). Lagipun Kedah masih lagi mempunyai baki perlawanan. Jadi tumpuan saya lebih ke arah itu. "Sekiranya kami kalah, baru saya akan mempertimbangkan sebarang tawaran yang ingin ditawarkan kepada saya," kata Baddrol yang dihubungi melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), hari ini. Baddrol berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung ura-ura yang mengatakan beliau akan dipinjam oleh pasukan lain untuk bersaing dalam Piala Malaysia. Baddrol giat melakukan persiapan menjelang perlawanan terakhir menentang Felda United malam ini. Sementara itu, ketika ditanya mengenai peluang menentang Felda United pada perlawanan terakhir liga malam ini beliau berkata, pasukan Hijau Kuning mampu menang sekiranya skuad kendalian Wan Jamak Wan Hassan itu menampilkan persembahan seperti mana ketika menentang Perak, Selasa lepas. "Teruskan momentum ketika menentang Perak, ini kerana kami mungkin berpeluang untuk mengutip tiga mata penuh. "Jadi, saya berharap rakan sepasukan mampu mempamerkan persembahan terbaik mereka kerana ia peluang terbaik kita untuk terus mencatat kemenangan terakhir musim ini," jelas Baddrol. sumber: http://www.sinarharian.com.my/arena-bolasepak/liga-malaysia/pemain-pinjaman-baddrol-bakhtiar-belum-bersedia-1.66569 (14/07/2012) |
| You are subscribed to email updates from baddrol bakhtiar - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


0 ulasan:
Catat Ulasan