Sabtu, 14 Julai 2012

Baddrol Bakhtiar - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

Baddrol Bakhtiar - Google Blog Search


Pemain pinjaman: <b>Baddrol Bakhtiar</b> belum bersedia - Hijaukuning.com

Posted: 14 Jul 2012 02:32 AM PDT

Oleh: Noor Hafiza Che Abdullah

KETUA pasukan Kedah, Baddrol Bakhtiar  menjelaskan bahawa beliau masih belum bersedia untuk menerima sebarang tawaran sebagai pemain pinjaman dalam saingan Piala  Malaysia.

Menegaskan ingin memberi tumpuan penuh kepada skuad Kenari yang akan bermain 'playoff' dalam perlawanan Liga Super 2012, Baddrol tekad mahu mencipta kemenangan buat pasukannya dulu.

"Saya tidak mahu memikirkan perkara ini (pinjaman). Lagipun Kedah masih lagi mempunyai baki perlawanan. Jadi tumpuan saya lebih ke arah itu.

"Sekiranya kami kalah, baru saya akan mempertimbangkan sebarang tawaran yang ingin ditawarkan kepada saya," kata Baddrol yang dihubungi melalui khidmat  pesanan ringkas (SMS), hari ini.

Baddrol berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung ura-ura yang mengatakan beliau akan dipinjam oleh  pasukan lain untuk bersaing dalam Piala Malaysia.

Baddrol giat melakukan persiapan  menjelang perlawanan terakhir menentang Felda United malam ini.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai peluang menentang Felda United pada perlawanan terakhir liga  malam ini beliau berkata, pasukan Hijau Kuning mampu menang sekiranya skuad kendalian Wan Jamak Wan Hassan itu menampilkan persembahan seperti mana ketika menentang Perak, Selasa lepas.

"Teruskan momentum ketika menentang Perak, ini kerana kami mungkin berpeluang untuk mengutip tiga mata penuh.

"Jadi, saya berharap rakan sepasukan mampu mempamerkan persembahan terbaik mereka kerana ia peluang terbaik kita untuk terus mencatat kemenangan terakhir musim ini," jelas Baddrol.

sumber: http://www.sinarharian.com.my/arena-bolasepak/liga-malaysia/pemain-pinjaman-baddrol-bakhtiar-belum-bersedia-1.66569 (14/07/2012)

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Baddrol Bakhtiar

Copyright 2010 All Rights Reserved