Salam hormat,
Bangga apabila melihat satu demi satu pemain Bola Sepak Malaysia dirisik kelab-kelab luar negara. Selepas Safee Sali berhijrah menimba pengalaman ke Indonesia (juga dikatakan dirisik kelab Bundesliga), Safiq Rahim juga dirisik oleh kelab-kelab di ISL. Terbaca di MyNewsHub, kini Baddrol Bakhtiar pula mendapat peluang beraksi bersama Wigan apabila ditawarkan ujian percubaan (trial) mengejut.
Baddrol yang telah beraksi cemerlang dalam beberapa tahun kebelakangan ini dalam saingan Liga Malaysia bersama pasukan Kedah. Selain beraksi di posisi sayap, Baddrol yang memiliki kepantasan tinggi dan kemahiran menggelecek yang baik turut mampu beraksi sebagai penyerang.
Malah pada tahun 2008, Baddrol turut pernah meluangkan masa dua minggu untuk menjalani latihan dengan Chelsea di Stamford Bridge bersama seorang lain pemain, Bunyamin Umar yang beraksi untuk skuad Liga Super Selangor ketika ini. Lantas Wigan berpendapat bahawa Baddrol sudah pun mengetahui tahap bola sepak yang diperlukan untuk saingan Liga Perdana England (EPL).
Difahamkan bahawa Baddrol sedang dipertimbangkan oleh Wigan berdasarkan keperluan kelab itu untuk merebut peluang penjualan barangan cenderamata di Malaysia yang dianggap memiliki pasaran berpotensi besar bagi penjualan jenama Liga Perdana England.
Jika benar berita ini, peluang ini seharusnya tidak dilepaskan oleh Baddrol Bakhtiar. Tunggu saja tawaran rasmi dari pihak yang berkenaan. Siapa sangka, Baddrol boleh menjadi pemain Malaysia pertama beraksi di EPL nanti andai berjaya dalam ujian percubaan tersebut. Tak mustahil bukan? Sebagai rakyat Malaysia, kita doakan saja yang terbaik buat Baddrol Bakhtiar.
.
Sumber artikel asal : http://www.eyefootball.com/news/10223/Baddrol-Bakhtiar-to-join-Wigan?/
.
p/s – Good Luck Malaysian Players! Good Luck Baddrol! 
Jumlah dibaca :1099
Dah baca entri atas, apa kata baca entri bawah nih plak:
- Cardiff City tawar Ujian Percubaan buat Safiq Rahim bermain di Liga Kejuaraan
- Peluang Melawat Zoo Negara secara PERCUMA
- Tiba Giliran Ally Iskandar dan Nur Aishah Zainal pula Putus Tunang..
- Aksi Harimau Muda A dalam Liga S | Aksi Young Lions dalam MSL
- Keputusan Terkini Pilihan Malaysia vs Chelsea 21 Julai 2011
- Bayi 18 bulan berbakat besar diikat kontrak bersama Kelab Eredivisie