baddrol bakhtiar - Google Blog Search |
| ISU PENGHIJRAHAN <b>BADDROL BAKHTIAR</b> KE WIGAN ATHLETIC | ADA BENAR KE <b>...</b> Posted: 14 Aug 2011 05:55 PM PDT ISU PENGHIJRAHAN BADDROL BAKHTIAR KE WIGAN ATHLETIC | ADA BENAR KE CERITA NI? | Panas dan semakin panas. Walaupun skuad kebangsaan kita gagal ke Pusingan Ketiga Piala Dunia 2014 Zon Asia, namun petanda baik terus menerus muncul dalam arena bolasepak negara kita. Masih tak lepas dari mulut membicarakan isu Safee Sali Bakal Ke FC Koln (Cologne), isu Amirulhadi bakal ke Liga-J, Safiq Rahim digoda Kelab Persib Bandung ini datang pula pasal Baddrol Bakhtiar pula dipikat kelab liga Perdana Inggeris (EPL). Kelab Liga Perdana England, Wigan Athletic dikhabarkan mahu menawarkan ujian percubaan kepada pemain skuad bola sepak kebangsaan, Baddrol Bakhtiar. Berita mengejutkan itu telah dipaparkan di sebuah laman web bola sepak United Kingdom, www.eyefootball.com kelmarin dengan tajuk Baddrol Bakhtiar to join Wigan?. Baddrol yang baru berusia 23 tahun merupakan pemain skuad Liga Super Kedah dan boleh beraksi di posisi sayap mahupun sebagai penyerang. Berdasarkan laporan berita tersebut, usaha Wigan untuk mendapatkan Baddrol adalah sebagai salah satu langkah kelab itu meluaskan peluang perniagaan barangan cenderamata mereka ke Malaysia. Namun sejauh mana kebenaran berita tersebut masih belum dapat dipastikan apabila Baddrol sendiri mendakwa dia belum menerima sebarang tawaran rasmi daripada pihak Wigan. SUMBER DAN PETIKAN | KOSMO! GHTime Code(s): ncIncoming search terms:
|
| You are subscribed to email updates from baddrol bakhtiar - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

0 ulasan:
Catat Ulasan