baddrol bakhtiar - Google Blog Search |
| Peluang <b>Baddrol Bakhtiar</b> pula sertai Wigan? Posted: 12 Aug 2011 11:44 PM PDT
Bangga apabila melihat satu demi satu pemain Bola Sepak Malaysia dirisik kelab-kelab luar negara. Selepas Safee Sali berhijrah menimba pengalaman ke Indonesia (juga dikatakan dirisik kelab Bundesliga), Safiq Rahim juga dirisik oleh kelab-kelab di ISL. Terbaca di MyNewsHub, kini Baddrol Bakhtiar pula mendapat peluang beraksi bersama Wigan apabila ditawarkan ujian percubaan (trial) mengejut. Baddrol yang telah beraksi cemerlang dalam beberapa tahun kebelakangan ini dalam saingan Liga Malaysia bersama pasukan Kedah. Selain beraksi di posisi sayap, Baddrol yang memiliki kepantasan tinggi dan kemahiran menggelecek yang baik turut mampu beraksi sebagai penyerang. Malah pada tahun 2008, Baddrol turut pernah meluangkan masa dua minggu untuk menjalani latihan dengan Chelsea di Stamford Bridge bersama seorang lain pemain, Bunyamin Umar yang beraksi untuk skuad Liga Super Selangor ketika ini. Lantas Wigan berpendapat bahawa Baddrol sudah pun mengetahui tahap bola sepak yang diperlukan untuk saingan Liga Perdana England (EPL). Difahamkan bahawa Baddrol sedang dipertimbangkan oleh Wigan berdasarkan keperluan kelab itu untuk merebut peluang penjualan barangan cenderamata di Malaysia yang dianggap memiliki pasaran berpotensi besar bagi penjualan jenama Liga Perdana England. Jika benar berita ini, peluang ini seharusnya tidak dilepaskan oleh Baddrol Bakhtiar. Tunggu saja tawaran rasmi dari pihak yang berkenaan. Siapa sangka, Baddrol boleh menjadi pemain Malaysia pertama beraksi di EPL nanti andai berjaya dalam ujian percubaan tersebut. Tak mustahil bukan? Sebagai rakyat Malaysia, kita doakan saja yang terbaik buat Baddrol Bakhtiar. . Sumber artikel asal : http://www.eyefootball.com/news/10223/Baddrol-Bakhtiar-to-join-Wigan?/ . p/s – Good Luck Malaysian Players! Good Luck Baddrol! Dah baca entri atas, apa kata baca entri bawah nih plak:
|
| You are subscribed to email updates from baddrol bakhtiar - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Salam hormat,
0 ulasan:
Catat Ulasan